Photobucket

Saturday, November 26, 2011

Jin Asyik/Cinta ♥ II

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:48 AM 2 comments

Assalalmualaikum & salam sejahtera.

Entry hari ni nak sambung cerita Jin Asyik/Cinta ♥ 

Jom Baca, Moga ia bermanfaat...


GANGGUAN oleh Jin asyik/cinta  merupakan yg terbanyak berbanding dgn Jin Saka dan Sihir. Berbeza dgn Jin Sihir memerlukan rawatan yg berulang kali sedangkan Jin Asyik  dapat diselesaikan dgn 2-3 kali rawatan sekiranya pesakit benar² bersungguh² dlm rawatan & merelakan dirinya utk dirawat.

Gangguan Jin Asyik  seseorang itu bermula di peringkat kanak² atau remaja lagi. Apabila Jin yg tinggal di rumah pesakit, asrama atau mana² tempat yg selalu dikunjungi atau dilalui pesakit, Jin berkenaan sentiasa memerhatikan pesakit dlm tempoh yg lama. 
✔ Melihat seperti mana kita melihat ikan laga dlm botol. 
✔ Melihat seperti menonton hero/heroin filem Hindustan.

Dia (Jin)
✔ Mendengar pesakit menyanyi
✔ Memerhatikannya tidur, mandi, berdiri di hadapan cermin, bersolek, membuka pakaian serta memakai pakaian 
✔ & sebagainya yg akhirnya menimbulkan bibit² cinta & sayang Jin berkenaan kpd pesakit.

Apabila pesakit semakin dewasa, pesakit seboleh mungkin dihalang dr mempunyai pasangan kekasih mahupun berkahwin. Apabila ada sesiapa yg nak meminang, Jin ini berusaha keras menggagalkannya dgn: 
✔ Menghodohkan wajah pesakit
✔ Merosakkan kereta rombongan
✔ Mempengaruhi pesakit agar menolak pinangan. 

Jika semua gagal, Jin ini berusaha menimbulkan permusuhan antara pesakit dgn pasangannya. Adakala gangguan mula menjadi kronik setelah bertunang.

Jin Asyik  ini kuat cemburu. Apabila ia sukakan seseorang sama ada lelaki atau perempuan, ia berusaha akan memilikinya. Sebaliknya, apabila ia tidak suka, ia akan menggunakan tipu helahnya bagi memporak perandakan pesakit sehingga akhirnya berpisah/bercerai.

Jin Asyik  juga boleh berasal dr Jin Saka mahupun Jin Sihir yg telah bertapak lama pd pesakit.


Gangguan Jin Asyik  tidak terhad kpd yg belum berkahwin sahaja. Seorang wanita yg sakit kaki apabila saya (bukan Wana tau tapi perawat Akrine) merawat & berdialog dgnnya ternyata didiami oleh Jin Asyik  yg sudah lebih 900 tahun umurnya. 

Apabila saya (perawat Akrine) suruh suami pesakit menyentuh tangan isterinya Jin berkenaan tersipu² malu. Ternyata dia adalah Jin Asyik  yg menaruh cinta kpd suami pesakit berkenaan. Apabila ia berada dlm tubuh si isteri, dia mempengaruhi si isteri dlm banyak kelakuan bagi membolehkannya bersama dgn si suami.


:/Adakah anda berani menyatakan anda tiada Jin Asyik ??

Walaupun simptom² Jin Asyik ♥ (baca pd entry sebelumnya) tidak terdapat pd diri anda, belum tentu krn ada juga Jin yg menjadikan kita sebagai idolanya. 

Jin ini boleh dipujuk dgn membaca ayat² Al-Quran agar beriman dgn Allah & memeluk agama Islam. Jika Berjaya, dgn sendirinya Jin ini akan melepaskan mangsa. Insyaallah.

Ceritanya panjang…

:/Rawatan bagi kerasukan Jin Asyik 

Mengeluarkan Jin Asyik  ini adalah sangat sukar, lebih² lagi sekiranya ia telah sebati dgn diri & jiwa pesakit. Namun, kaedah yg paling berkesan mengatasinya adalah: 
☑ tidak meninggalkan solat, 
☑ memperbanyakkan membaca Al-Quran 
☑ meninggalkan serta-merta semua tabiat hidup yg mengundang Jin Asyik 

Kebanyakkan Jin ini akan mati terbakar apabila ayat² Al-Quran dibacakan di hadapan pesakit.

:/Antara ayat² yg boleh dibaca :

☑ Surah Al-Baqarah – Keseluruhan surah
☑ Surah Yunus – Ayat 23 - 43
☑ Surah An-Nur – Terutamanya ayat² mengenai fitnah.
☑ Surah Ar-Rahman & lain².

Berdoa dgn doa perlindungan drpd gangguan Jin, memohan perlindungan hanya kpd Allah sahaja.

Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...