Photobucket

Sunday, November 27, 2011

Janji Allah itu PASti bagi yang INGIN BERKAHWIN

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:03 PM 2 comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Alhamdulillah  segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Sekadar mengucapkan Alhamdulillah rasanya masih tidak cukup membalas nikmat² yg Allah kurniakan pd diri seorg hambaNya.


Alhamdulillah sekali lagi krn Allah mengizinkan Wana utk hadir ke Majlis Ilmu pagi td utk pengisian rohani bagi mempersiapkan diri utk membina Baitul Muslim kelak. InsyaAllah.  

Yg bestnya, kebetulan pula kedua² org penceramah membincangkan tentang FiQh Munakahat. :)

"Nak KAHWIN kena ada ILMU, bukan time dah kahwin baru nak cari"

Berpandukan Kitab FiQh Sunnah Imam Syafie & Apa Ertinya Saya Menganut Islam, kedua² org penceramah menghuraikan tentang perkahwinan.

Entry kali nie nak jd DOKTOR ♥ CINTA  sekejap. Wana nak share sedikit ilmu yg dipelajari hari nie. 

Apabila seorg muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si dia. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi org yg akan berkahwin. Bergembiralah…

“Wanita² yg keji adalah utk lelaki yg keji, & lelaki yg keji adalah buat wanita² yg keji (pula), & wanita² yg baik adalah utk lelaki yg baik & lelaki yg baik adalah utk wanita² yg baik (pula)”. 
(An Nuur: 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yg baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dgn ajaran Islam & Sunnah Nabi s.a.w. 
☑ Jadilah lelaki yg soleh
☑ Jadilah wanita yg solehah. 

Semoga Allah memberikan hanya yg baik buat kita. Amin.

“Dan kahwinkanlah org² yg sendirian di antara kamu & org² yg layak (berkahwin) dr hamba² sahayamu yg lelaki & perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dgn kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yg merasa bingung & bimbang utk berkahwin. Betul tak? 

Salah satu sebabnya adalah krn belum mempunyai pekerjaan. Dan yg telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dlm fikiran mereka: 
“Apakah gaji ini cukup utk berkeluarga dgn gaji sekian?”

Surah An Nuur ayat 32 merupakan jawapan buat mereka yg ragu utk melangkah ke jinjang pernikahan krn alasan ekonomi. Yg perlu ditekankan kpd para pemuda dlm masalah ini adalah kesanggupan utk memberi nafkah & terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.


Allah akan menolong mereka yg menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah dgn kewajipan memberi nafkah kpd isteri & anak²nya, maka Allah akan memberikan rezeki yg lebih. 

Penegasan: REZEKI tidak semestinya HARTA semata²

Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yg miskin tidak mempunyai apa² ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yg berlimpah & mencukupkan keperluannya.

“Ada 3 golongan manusia yg berhak Allah tolong mereka, iaitu seorg mujahid fi sabilillah, seorg hamba yg menebus dirinya supaya merdeka & seorg yg menikah krn ingin memelihara kehormatannya”. 
(HR. Ahmad Tirmidzi)

Bagi siapa sahaja yg berkahwin dgn niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dr Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dlm hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

“Dan di antara tanda² kekuasaanNya ialah Dia menciptakan utkmu isteri dr jenismu sendiri, supaya kamu cenderung & merasa tenteram kpdnya, & dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih & sayang. Sesungguhnya pd yg demikian itu benar² terdapat tanda² bagi kaum yg berfikir”. 
(Ar Ruum : 21)

:PMacam mana nak lakukan?

"Dan Tuhanmu berfirman: ‘Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya org² yg menyombongkan diri dr menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dlm keadaan hina dina’ ". 
(Al-Mu’min: 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kpd Allah nescaya akan diperkenankanNya. Termasuk di dlmnya ketika kita berdoa memohon diberikan peneman hidup yg agamanya baik, cantik, taat, & sebagainya.


Dlm berdoa, perhatikan adab & sebab terkabulnya doa. Di antaranya adalah: 
☑ Ikhlas, 
☑ Bersungguh²
☑ Merendahkan diri, 
☑ Menghadap kiblat, 
☑ Mengangkat kedua² tangan 
☑ Lain².

Perhatikan juga waktu² yg mustajab dlm berdoa. Di antaranya adalah berdoa
☑ Pd waktu sepertiga malam yg terakhir di mana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia 
☑ Pd waktu antara azan & iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah: ☑ Makan & minum dr sumber yg haram
☑ Berpakaian dr usaha yg haram 
☑ Melakukan apa yg diharamkan Allah,

Manfaat lain dr berdoa bererti kita: 
☑ Meyakini keberadaan Allah
☑ Mengakui bahawa Allah itu tempat meminta
☑ Mengakui bahawa Allah Maha Kaya
☑ Mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian org apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun² berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis² berikut yg merupakan peringatan keras dr Rasulullah s.a.w:

“Barang siapa yg mendatangi peramal/dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kpdnya, maka tidak diterima solatnya selama 40 malam”. 
(HR Muslim).

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, 
“Maka janganlah kamu mendatangi dukun² itu.” 
(HR Muslim)

Telah bersabda Nabi SAW:
“Sesungguhnya jampi² (mantera) & guna² itu adalah (hukumnya) syirik.” 
(HR Abu Dawud).

;)Apa nak buat kalau JODOH tak ada lagi?

"Mintalah pertolongan (kpd Allah) dgn sabar & solat". 
(Al-Baqarah: 153)

Mintalah tolong kpd Allah dgn sabar & solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dgn Sunnah Nabi s.a.w & terbebas dr bid’ah².

"Krn sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan". 
(Al-Insyirah: 5-6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yg dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kpd Allah & yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan 2 kali dalam Surah Al-Insyirah.

"Hai org² yg beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu & meneguhkan kedudukanmu". 
(Muhammad:7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dgn: ☑ Berinfak di jalanNya
☑ Membantu penyebaran dakwah Islam dgn penyebaran buletin atau buku² Islam
☑ Membantu penyelenggaraan pengajian 
☑ Sebagainya. 
Dgn itu semoga Allah menolong kita.

“Sesungguhnya Allah pasti menolong org yg menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah benar² Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. 
(Al-Hajj:40)

“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. 
(Al-Baqarah:214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak/belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah & kasih sayang Allah yg lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kpd Allah. Inilah keyakinan yg harus ada pd setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu² dgn janji Allah?


Maka yg telah bertemu jodoh, NIKAH dgn segera agar tidak bergelumang dgn dosa semasa alam PERTUNANGAN yg terlalu lama.

Yg masih menanti, BERSABAR krn janji ALLAH itu pasti.

Kalau bukan bertemu si dia di DUNIA, insyaAllah di syurga MENANTI 

Yg pasti siapkan diri menjadi SOLEH/AH.


Jom Baca: Ketika Allah Memilihmu Untukku

Wallahualam

* Sedih sbb nie Pengajian Pondok Universiti terakhir yg dihadiri sepanjang bergelar mahasiswa UPSI.

2 123 Bingkisan Sahabat:

Subhanallah...kahwin ni sangat2 dituntut dlm islam...Pasti Allah akn permudahkan urusan sesiapa yg nk khwin..jmput bca entry yg brkaitan: Couple Lepas Kahwin Baru Syok!

insyaAllah ^_^
dah mai & baca p0n..
nnti wana mai lg..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...