Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu ♥,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dgn maksiat & noda,
Lemahnya jiwa berdepan dgn dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya ♥,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah ♥.
Aku sedar,
Jiwa yg tandus taQwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi ♥,
Yg difikir hanyalah utk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka drpd pencipta-Nya ♥.
Namun, bila IMAN hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar betapa diri jauh dari-Mu Tuhan ♥,
Asyik sibuk utk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dgn kata² dusta,
Mata ini tak kujaga drpd perkara dosa,
Telinga ini mendengar perkara yg tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.
Ya Allah ♥,
Jauh sekali diriku dgn peribadi kekasih-Mu ♥,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu Ya Rasulullah s.a.w ♥,
Meskipun dirimu (Rasulullah s.a.w ♥) suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau (Rasulullah s.a.w ♥) lupa,
Munajatmu (Rasulullah s.a.w ♥) di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu (Rasulullah s.a.w ♥) pd Tuhan ♥ terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yg penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu Ya Nabiyullah ♥.
Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu ♥ yg taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dgn dahsyatnya neraka-Mu ♥,
Dan kurindukan nikmat syurga.
Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan ♥,
Campakkan ke dalam hati ini niat yg tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu ♥ dgn jiwa yg tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu ♥ dgn hati yg pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu ♥ dgn penuh kehambaan,
Ya Rahim ♥,
Sucikan hatiku drpd sifat munafik,
Sucikan amalku drpd riak,
Sucikan lidahku drpd dusta & mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yg solehah,
Yg bisa mendamaikan hati Ummi & Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Krn mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.
Dan...
Kurniakan aku kesabaran utk menunaikan ketaatan pada-Mu ♥,
Anugerahkan aku kesabaran dlm meninggalkan maksiat pada-Mu ♥,
Jadikanlah hati ini hati yg sentiasa mengingati-Mu ♥,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yg tenang,
Jauh drpd hasad dengki & kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu ♥ mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yg terbaik buat diriku.
Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yg hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....
Salam Maal Hijrah 1433H


Herwana Binti Herman
Kak Ateh
Akhi Akmal
Khaider



0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment