Assalamualaikum & salam sejahtera...
Malas nak ulas panjang² jom baca kisah nie, kat bawah baru Wana ulas ^_^.
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa, di situ ada seorg perempuan tua yg sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe & menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu²nya sumber pendapatannya utk menyara hidup. Tempe yg dijualnya merupakan tempe yg dibuatnya sendiri. (Teringat kisah Khairul Azam dlm Ketika Cinta Bertasbih)
Malas nak ulas panjang² jom baca kisah nie, kat bawah baru Wana ulas ^_^.
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa, di situ ada seorg perempuan tua yg sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe & menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu²nya sumber pendapatannya utk menyara hidup. Tempe yg dijualnya merupakan tempe yg dibuatnya sendiri. (Teringat kisah Khairul Azam dlm Ketika Cinta Bertasbih)
Pada suatu pagi, seperti biasa ketika beliau sedang bersiap² utk pergi menjual tempenya, tiba² dia tersedar yg tempenya yg diperbuat drpd kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yg lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi. (Mesti mak cik nie sangat sedih)
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yg masih belum menjadi pastinya tidak akan laku & tiadalah rezekinya pd hari itu. Dlm suasana hatinya yg sedih, dia yg memang kuat beribadah teringat Allah SWT dapat melakukan perkara² ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yg mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yg dipanjatkan dgn sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dgn tenang perempuan tua itu menekan² bungkusan bakal tempe dgn hujung jarinya & dia pun membuka sikit bungkusan itu utk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. (Patutlah adik² yg lain putih, mungkin masa mengandung mak suka makan tempe & kacang soya)
Namun, dia termenung seketika sebab kacang soya tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan.
Namun, dia termenung seketika sebab kacang soya tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan.
Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula & berdoa lagi.
"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yg mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe krn inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kpd tempe, Amin".
Dgn penuh harapan & debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yg terjadi? Dia termangu & hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!
Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai org. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yg belum terkabul. Walau bagaimanapun krn keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang utk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.
Perempuan tua itu pun berserah pd Allah SWT & meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dgn harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah SWT akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya utk berdoa.
"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".
Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dlm hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang²nya. Hatinya betul² yakin yg tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dgn hati yg berdebar² dia pun membuka bakulnya & menekan² dgn jarinya setiap bungkusan tempe yg ada.
Perlahan² dia membuka sedikit daun pembungkusnya & melihat isinya. Apa yg terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun muram seketika lalu menarik nafas dlm². Dlm hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa & putus asa kpd Tuhan krn doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan pdnya, inilah satu²nya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada org yg akan membeli tempe yg baru separuh menjadi.
Sementara itu hari pun semakin petang & pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau² kawan² sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yg boleh dibawa pulang.
Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kpd Allah SWT, pasti Allah akan menolongnya.
Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kpd Allah SWT, pasti Allah akan menolongnya.
Walaupun dia tahu bahawa pd hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir:
"Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yg belum menjadi ni."
Tiba² dia dikejutkan dgn teguran seorang wanita.
"Maaf ya Makcik, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yg belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini utk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."
Dia termenung & terpinga² seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yg belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat² dia berdoa di dlm hatinya:
"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dlm hatinya & bersyukur pd Allah SWT.
Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yg belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu:
"Mengapa anak hendak membeli tempe yg belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yg kini berada di England teringin makan tempe dr desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yg belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yg sempurna. Kalau dikirimkan tempe yg sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi & rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu yg masih dlm keadaan terkejut, mengalirkan air matanya. Tidak menyangka bahawa betapa besarnya kuasa Allah SWT & betapa sayangnya Allah SWT pd hambanya & memberikan keajaiban kpd hambanya.
Tempe yg tidak menjadi, difikirkannya sebagai satu keburukan akhirnya menjadi satu kebaikan. Perempuan tua itu menadah tangan tanda syukur, setiap apa yg berlaku ada hikmahnya. Hikmah yg kita sendiri tidak dpt fikirkan & berada di luar jangkauan kita. Dlm diam dia berfikir rupa²nya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah SWT.
Moral of the kisah:
1. Kita sering memaksakan kehendak kita kpd Allah SWT sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui apa yg kita perlukan & apa yg terbaik utk diri kita. (Perlu YAKIN dgn PERTOLONGAN ALLAH)
2. Sentiasalah berdoa dlm menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yg lemah. Jangan sekali² berputus asa terhadap apa yg dipinta. Percayalah bahawa Allah SWT akan mengabulkan doa kita sesuai dgn rancanganNya yg mungkin di luar jangkaan kita.
3. Tiada yg mustahil bagi Allah SWT.
4. Rajin²lah makan TEMPE macam org JAWA. (Kesimpulan yg tak ada kaitan)
Wallahualam
19 123 Bingkisan Sahabat:
salam wana..
blh sy share kat blog sy tak?
alhamdulillah,sgt2 terkesan kat jiwa sy..
wsalam..boleh..tafaddal...^^
ni maryam yg matrik (KML) dulu kan?
bukan org jawa je suka tempe wana..wana org sabah pun suka tempe..hehehe..:)
haha..betul jg..
tp org melaka p0n suka makan tempe..
betul x Fiezah Halim?
my favorite ok..tempe goreng mkn bersama kicap pedas...sedap nyer hujan2 ni...=)
nk..x mkn nasi lg..mai la hntr sni..huhuhuhuhuhu..
mana ada kat sini...ni tgh kepingan la...akak buat utk fza la...bole???
em blh..tp tgh kije ni..hehe..
ok...=( tiada rezeki hr ini....
hehehe..g la beli kat kedai..kikikiki..
fiza, mu kepingin or kepeningan?
tempe ? perh sedap ckgu , kalau tempe goreng , meratah je , mmg umphhh . sedap :)
nnti belanja cg erk..hihi..
mkn tempe^^
Miera Halid hahahahah
haha , kau kenape ? tempe mmg sdp la :P # Are-dyp Rahim :)
ha'a..ni maryam ex-kml..
terima ksh byk2 wana..:)
oh..ya ka..
sama2..
salam ukhuwahfillah
salam ukhwahfillah jg..:)
Post a Comment