Assalamualaikum & salam sejahtera,
Hari nie Wana nak share tentang Jin Saka. Rasanya nie first time share tentang makhluk halus dlm blog Teratak Pendidik. Biasanya share tentang CINTA mengasyikkan, KAHWIN yg tak romantik, BUKU yg tak best & lain² yg kurang bermanfaat.
Suka atau tidak, mahu atau tak mahu kita perlu yakin bahawa kita berkongsi dgn Jin & makhluk lain dlm kehidupan seharian kita. ♥
Betul tak?
Nak letak gambar tapi tak mungkin nak letak gambar jin. Huhu...
Jom kita teruskan pembacaan kalau nak tahu lebih lanjut tentang JIN SAKA..
Secara umumnya org yg memiliki saka akan mempunyai kebolehan utk mengubat org yg sakit disebabkan jin & syaitan tapi dgn cara yg meragukan dari sudut syariat, antaranya:
1. Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh org yg mempunyai saka tersebut & kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah & org² soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan as-Syazili & sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yg datang drpd saka.
2. Pembawa saka mampu beubat tetapi menggunakan jampi yg mempunyai unsur² syirik yg boleh menggugurkan syahadah & Iman.
3. Pembawa saka mampu berubat tapi menggunakan jampi yg langsung tidak dapat difahami.
4. Pengamal perubatan yg kebolehannya datang dr saka selalunya sering melakukan perkara yg bertentangan dgn syariat.
5. Ada dlm kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.
Masa Saka Berpindah:
Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yg terdiri drpd nenek moyang yg membuat perjanjian dgn jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru dlm kalangan anak cucu tuannya yg telah mati itu tadi.
Proses Perpindahan Saka:
Berikut adalah kronologi cara jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:
••••> Apabila nenek moyang yg membela jin tersebut mati, jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yg berdamping dgn nenek moyang itu tidak mati krn umur jin bukannya seperti manusia.
••••> Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas & berada dlm keadaan seperti layang² yg terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yg baru. Perihal nyawa jin & syaitan yg ternyata lebih panjang dr unsur manusia.
Firman Allah s.w.t.:
"Iblis menjawab: 'Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan.' Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yg diberi tangguh." Iblis menjawab: "Krn Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar² akan (menghalang) mereka dr jalan Engkau yg lurus. (Surah Al-A'raf: 14-16)
••••> Kemudiannya saka tersebut akan berpindah kpd anak cucu sebagai perumah yg baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kpd anak cucu yg ada mengamalkan jampi² tertentu yg diambil dari si mati.
••••> Saka juga boleh berpindah dr si mati kpd warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana² barang tinggalan si mati.
••••> Saka juga berpindah kpd anak cucu yg secara pengamatannya merupakan waris yg menjadi org harapan kpd keluarga pd masa hadapan khususnya org harapan kpd si mati yg menyimpan saka tadi.
••••> Org yg berpotensi mewarisi saka adalah org yg tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah dengannya.
Mereka yg Menjadi Sasaran Saka:
✔ Anak cucu yg sangat cetek pengetahuan agamanya.
✔ Anak cucu yg melazimi maksiat & sering melanggar peraturan agama.
✔ Anak cucu yg sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat & puasa.
✔ Adakalanya anak cucu yg kuat pegangan agamanya krn jin & syaitan sangat mengidamkan supaya org yg taat berjaya disesatkan.
✔ Anak cucu yg lemah; fizikal & antibodinya. Ini akan memudahkan jin utk bertapak dlm badan mangsanya.
✔ Anak cucu yg memang menginginkan sangat apa yg dimiliki oleh nenek moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah² org mengantuk disorongkan bantal.
✔ Anak cucu yg memang mengidamkan kehebatan dgn pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dgn cara yg mencabar syariat Allah s.w.t.
Tanda Seseorang Itu Mempunyai Saka:
Gejala pd waktu tidur:
☑ Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah bersusah payah.
☑ Sering terjaga pd waktu malam dlm keadaan cemas & takut.
☑ Mimpi buruk yg dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yg mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dlm keadaan 'kena tindih'.
☑ Mimpi perkara yg menakutkan & menyeramkan.
☑ Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus & sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dlm jasadnya.
☑ Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
☑ Ketawa, menangis & menjerit² ketika sedang tidur.
☑ Berdiri & berjalan ketika tidur.
☑ Mimpi jatuh dr tempat tinggi.
☑ Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
☑ Mimpi berada di tempat sunyi.
☑ Mimpi terserempak atau melihat makhluk dgn rupa yg menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
Harap² perkongsian yg sedikit nie dpt membantu kita mengenalpasti sama ada JIN SAKA bersama dgn KITA atau tak, seterusnya menjadikan DIRI sentiasa hampir dgn ALLAH
Wallahua'lam
11 123 Bingkisan Sahabat:
alhamdulillah,post yang amat bermanfaat..:)
huhu
ade gejala tu mcm ade je.. aq kena kuatkan lagi ibadah
mrym --> syukran
ruby --> ada gejala @ x, kena rajin2 dekatkan diri pd Allah ^_^
salam . akak , saya nak tanya apa maksud akak dengan "kena tindih" ?? saya kat asrama selalu mengalami keadaan itu terutamanya ketika tidur pada waktu malam (siang2 pun ade) .. ketika kena tindih rasa susah sangat nak bernafas seolah-olah macam roh ini ditarik keluar . fuhh ! tak terkata sakitnya , macam dalam sakaratul maut pula . kat asrama jela , kat rumah alhamdulillah tade pule . hehe .. terangkan keadaan yang dialami oleh saya boleh tak akq ? hmm :)
kot2 kat asrama bnyk makhluk tue kot..
bnyk kot..
ouh ,,bgos tu ..
bole kawan ..
huhu..
org t0ksey nak kwn dgn jin..
mu pula suka..
berat nanang ^_^
tape . kawan dengan manusia bwat pening kepala .
bwat itu slah , buat ini salah .
kalo ngn jin , tade sape bising ..
mu kwn gan jin menangis xb'lagu la jwbnya nnti..huhu
tape lha . ade jgak yg kesh dri manusia ..
pntg kn diri sndri ..
kes berat
masalah besar
Post a Comment