Photobucket

Sunday, November 20, 2011

Bengkel RPA buatku Sedih

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:34 AM No comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Hari nie Wana (kecelaruan identiti - sekejap gelar diri saya, sekejap ana, sekejap aku, sekejap wana) nak share satu perkara membuatkan jiwa yg kosong terisi semula setelah lama tidak dibaja dgn pengisian agama.

19 November 2011 bersamaan umur wana genap 22 tahun 7 bulan (muda lagi tau) Allah telah menggerakkan hati & langkah utk hadir ke Bengkel Rakan Penggerak Ad-din (RPA) yg pastinya terakhir kuhadiri.

Dlm kekalutan menyiapkan Kajian Penyelidikan (Tesis) tahun akhir kugagahkan diri memujuk hati utk hadir. 

Kenapa? 

Kerana jiwaku sedang gersang. 


Allah hadirkan Adik Nita (akak pasti rindu telatah manja Nita nanti) utk sama² kami hadirkan diri.

Slot 1 Bengkel RPA

Slot nie tajuk "Tanggungjawab & Peranan Mahasiswa dlm Memahami Aqidah Seseorang Muslim" yg dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Nasir Abu Latip.


Specialnya Ustaz Nasir sbb beliau penasihat agama Angkasawan Negara kita. ^_^


Sedikit pengisian masa slot Ustaz Nasir

Keistemewaan Aqidah ISLAM
 1. Jelas
 - Menerima apa jua yg datang dr Allah & Rasul (Al-Baqarah:26)
 - Menyahut panggilan Allah & Rasul (An-Nisa: 162)
- Tunduk kpd hukum Allah & Rasul (An-Nisa: 65)
- Gementar & takut kpd Allah (Al-Anfal: 2)
- Menisbahkan perbuatan kpd Allah (Al-Insan: 30)
- Konsisten mempertahankan Islam


2. Fitrah
- Bimbang & takut nasib diri di akhirat (As-Syura: 17-18)
- Bertawakkal kpd Allah (Yunus: 84-86)
- Senantiasa memikirkan penciptaan Allah & keagunganNya 
(Al-Jathiah: 3-4)
- Mengimbau perawasan Allah terhadap diri.


3. Teguh
4. Terbukti Hujah
5. Bersifat sederhana 



Slot 2 Bengkel RPA

Slot 2 pula dikendalikan oleh En. Ahmad Amri, pengawai Khas HEPA yg kini cuti belajar bagi menyambung PHD dlm bidang Psikologi. Tajuk yg ingin dikupas oleh En. Amri adalah "Komunikasi dlm Berdakwah"

En. Amri memperkenalkan tentang INPUT, PROSES & OUTPUT


Secara ringkasnya 
INPUTDai'e, Mad'u & Informasi
1. Dai'e (kita sebagai RPA) perlu Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah.

2. Mad'u (adik-adik sem 1 yg kita nak jaga) m'punyai latar belakang yg berbeza iaitu yakin manfaat dakwah, meragui arah tuju dakwah, tidak mahu menolong tapi ambil kesempatan & penentang.

3. Informasi (Perkara yg kita nak kongsi dgn mereka) difahami menjadi pengetahuan & diamalkan menjadi kebijaksanaan.

PROSES: Cara menjalankan RPA itu sendiri 

OUTPUT: Hasil yg bakal kita perolehi.

Seperkara yg terkesan di hati kita nie sekadar "menanam benih" sahaja, terpulang kpd mad'u utk aplikasikannya krn sesungguhnya HIDAYAH itu milik ALLAH.



Slot 3 Bengkel RPA

Slot ini dikendalikan oleh Ustaz Rosli sendiri iaitu Penasihat RPA. Beliau banyak menceritakan sejarah penubuhan RPA, Matlamat RPA serta Mehnah & Tribulasi yg dihadapi oleh RPA. 

Pesan Ustaz Rosli:
"Sedarlah dari lena yg panjang, RPA tidak berada dlm kedudukan selesa"

Waktu slot nie kami diberikan satu buku free iaitu BUKU FAHAMI BACAAN DALAM SOLATMU. Rasa gembira sangat² sebab dah lama berkeinginan beli buku nie cuma tidak kesampaian lagi tapi Allah hadirkan dalam bentuk percuma. (sapa tak suka, mmg pelik) 

Alhamdulillah.

Kenal tak gambar dlm buku tue sapa? 
Dia (Ustaz Farid) sahabat saya yg sekali praktikal kat SAMSHSB

Slot 4 Bengkel RPA

Slot 4 paling saya suka yg teramat. Rasa bersyukur sangat dapat berada dalam slot ni menerima ilmu daripada Dr. Ibrahim Hashim (Pengarah PUSAT ISLAM merangkap penuli buku di atas), Ustaz Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi (Pensyarah UPSI) & Ustaz ____ (lupa nama tapi saya pernah tolong ustaz key in markah sebelum beliau cuti belajar masa saya sem 3)

Mereka bertiga bertindak sebagai Fasilitator yg mengajar kami cara pengendalian KURSUS PENGUKUHAN DIRI MELALUI PENGHAYATAN IBADAH SOLAT yg bakal dijalankan pd hari ini untuk pelajar sem 1. Nak tahu detail tengok poster nie, tak pun jom datang ^_^

Perkara yg membuat Wana teruja sebab kami diajar cara menghafal & menghayati satu persatu bacaan dalam solat iaitu AL-FATIHAH & TAHIYYAT AWAL

Alhamdulillah keluar sahaja dari Dewan Sri Tanjung tadi saya dah memahami satu persatu maksud bacaan dalam Al-Fatihah & Tahiyyat Awal. (Bukan nak bangga tapi nak tunjukkan rasa syukur, moga lepas nie hadirlah rasa kecintaan tatkala aku bertemu PENCIPTAKU)

Slot 5 Bengkel RPA

Slot terakhir adalah MAJLIS PERASMIAAN RPA sesi 2011/2012 yg telah dirasmikan oleh Dr. Ibrahim sendiri. 



Macam mana? Teruja tak dgn pengalaman yg Wana lalui hari nie. 

Jujur lahir rasa hati terasa terisi jiwaku bila hadir program hari nie. Nak nangis je bila menyanyi lagu Senandung Al-Fatihah.

Satu lagi buat gembira sebab bertemu dgn adik² & sahabat² yg kalau tak silap 6 bulan tak jumpa sejak cuti sem bulan Mei yg lalu.
Sekadar ini saja perkongsian. Tegurlah tika Wana lalai, leka, lupa & lalala...


--> Sebentar lagi akan melawat KAMPUS BARU di PROTON CITY. Moga Allah permudahkan perjalanan program hari nie. (20.11.2011)

Wallahualam.

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...