Photobucket

Tuesday, November 22, 2011

Nilai Iman & 20 Sen

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:56 PM No comments


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Sebelum memulakan bicara, jom try jawab soalan di bawah. 

Berapa nilai Iman kamu?


Lepas baca tajuk entry mesti pembaca ingat Wana bandingkan nilai IMAN dgn NILAI 20 SEN.


Jangan salah sangka...

Jawapannya ada pada kisah di bawah, mari kita baca..

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥  

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yg berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia utk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas utk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang & duduk di dalam bas, dia tersedar yg pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yg lebih drpd yg sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kpd dirinya.

"Ah!!! Syarikat bas ni dah kaya setakat 20 sen ni nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng & bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba² seakan² dirinya secara automatik berhenti & berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni. Kan sedikit je nilainya?" pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum & berkata: 
"Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yg lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali² berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas & seluruh jasadnya menggigil & kesejukan. 

Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan: 
"Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir² menjual harga sebuah Iman dgn 20 sen!!!"

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 

Sahabat²ku sekalian,

Apa yg anda dapat drpd peristiwa di atas? 

Ingatlah, kita mungkin tidak melihat & tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. 

Kadang² manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dlm dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yg baik.

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...